Kami berjanji akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggan kami agar perhubungan syarikat ini dengan pelanggannya akan berterusan dan berkekalan. Kami juga berharap dapat memajukan lagi perjalanan syarikat ini di masa hadapan.
Dengan pengalaman yang mendalam dalam pengkhususan ini, kami mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat kami sendiri dan kami namakan sebagai Air Wira Enterprise dan kini lebih dikenali dengan nama AIR WIRA ENTERPRISE SDN. BHD. sebagai sebuah syarikat yang mengendalikan kerja-kerja pengkhususan Lapisan Kalis Air dan Suntikan Mampat seperti membaik pulih kebocoran bumbung, mengecat bangunan, kawalan serangga dan mencuci bangunan. Kami juga membaik pulih tangki air, lantai dan lain-lain. Kini kami mampu untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti di samping harga yang berpatutan kepada para pelanggan kami.
Kami berjanji akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan- pelanggan kami agar perhubungan syarikat ini dengan pelanggannya akan berterusan dan berkekalan. Kami juga berharap dapat memajukan lagi perjalanan syarikat ini di masa hadapan.
AIR WIRA ENTERPRISE SDN BHD adalah sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kaum bumiputera di mana pengarah urusannya adalah En Alladin Bin Mohd Sapi. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan Waterproofing, Grouting, Epoxy Grout, Structural Repairs, Waterproofing Polyurea, Epoxy Floor, Epoxy Tandas dan Epoxy Injection Dinding.
Syarikat ini juga menjalankan kerja secara sistematik di mana setiap pekerja telah dilatih untuk melaksanakan kerja mengikut prosedur dan cara yang betul bagi membolehkan kerja yang dijalankan siap sepenuhnya mengikut kehendak pelanggan. Para pekerja juga akan memastikan setiap kerja yang dijalankan siap pada tarikh yang ditetapkan kerana para pekerja telah menyediakan barangan yang lengkap sebelum kerja-kerja dijalankan.
Bagi memastikan kerja yang dijalankan siap sepenuhnya, syarikat akan mengambil gambar sebelum kerja dijalankan dan semasa kerja dijalankan bagi membolehkan pihak syarikat mengetahui tahap kecekapan pekerja. Kami juga akan mengambil gambar apabila kerja siap sepenuhnya mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Syarikat akan mengeluarkan surat jaminan iaitu selama 5 tahun di mana jika berlaku sebarang kerosakan atau ketidakpuasan pihak pelanggan, maka pihak syarikat akan memperbaiki kerosakan tersebut. Surat jaminan ini hendaklan disimpan oleh pelanggan bagi membuktikan kerja telah siap sepenuhnya dan jika berlakunya sebarang kerosakan, surat jaminan ini boleh digunakan oleh pelanggan.
Barangan yang digunakan oleh syarikat adalah mempunyai kelulusan dari SIRIM dan barangan yang digunakan selamat dan mempunyai keberkesanan untuk menggunakannya.
Menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat.
Memperkasakan perniagaan Bumiputera dan menjadi contoh dalam masyarakat.